Budak telekung pink

"Budak telekung" . Apa tu ?
hihihi begini alkisahnya Cik Dyana yang terpaksa menahan malu gara-gara sorang-sorang dia ja pergi koop pakai telekung solat.. hahaha

Tadi lepas balik nak pergi koop teman member . Tapi disebabkan tudung Dyan letak dlm bag, kedut-kedut jadinya.. so terpaksa pergi ja macam tu dgn telekung.

Tapi dalam perjalanan cakap kat diri sendiri, think positive la kan, " alaa Dyana.. tak tak..bukan awak sorang je pakai telekung solat pegi koop, mesti ada ja org lain sama dgn awak..jangan risau okayy”.  bukan apa , takut org ingat buang tebiat pakai telekung pink pergi koop. 

Tiba-tiba pulak malam ni ramai yang pegi sana, and pelik pulak kenapa terasa diri ni terasing?? Diriku seorang sahaja yang rare. Dah la color pinkeu, malu pulak berjalan depan orang ramai.

Sedihnyaa ramai la pulak student laki dalam koop .. Yang tunggu kat luar koop pun ramai. Diriku pun tunggulah kat luar tu sebab taknak bersesak-sesak.
Orang pandang, kita pandang la balik. Ingat orang segan? Hahaha Fuh padahal  betapa malunya haha. nyorok belakang member. Rasa nak ja cepat-cepat lari dari situ.. Nasib baik tengah craving for aiskrim.. :')

310316

No comments:

Post a Comment